Produk - Produk Kesihatan - K-5 Elements Essential Oil


Segala benda hidup terdiri daripada Yin Yang dan lima unsur secara semula jadi. Kita akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang baik sekiranya keseimbangan lima unsur tercapai. Dalam perubatan tradisional Cina, organ-organ dalam badan dikategorikan kepada lima unsur iaitu Logam, Kayu, Air, Api dan Tanah. Organ Hati (Hempedu) berunsur Kayu, Jantung(Usus kecil) berunsur Api, Limpa(Perut) berunsur Tanah, Paru-paru(Usus besar) berunsur Logam, Ginjal(Pundi Kencing) berunsur Air. Apabila keseimbangan lima unsur dalam tubuh badan tercapai, setiap organ akan berfungsi menjana satu sama lain dan mencipta satu putaran yang optima. Dengan itu, badan kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. /k_5_elements_essential_oil

Minyak Pati berunsur Logam (HC070MT)

1
Sistem Pernafasan,
menyegarkan dan
memberikan tenaga
secara keseluruhan
Minyak Pati berunsur Kayu(HC070WD)

2

Sistem keimunan,
detoksifikasi limfa

Minyak Pati berunsur Air(HC070WT)

3
Sistem pengedaran,
bertenang dan menghilangkan tekanan
Minyak Pati berunsur Api(HC070FR)

4
Menyeimbangkan sistem endokrin
Minyak Pati berunsur Tanah(HC070ER)

5
Sistem pencernaan,
pembersihan bahagian abdomen

Manfaat K-5 Elements Essential Oil:
Menggalakkan metabolisme badan dan meningkatkan sistem keimunan
Menguatkan fungsi sistem limpa dan pengedaran darah
Membantu penyingkiran toksin dan mengembalikan tenaga lima unsur yang diperlukan oleh badan
Melegakan keletihan dan kesakitan otot, pengaktifan minda
Memperbaik sistem pencernaan, menyihatkan fungsi limpa dan usus
Menyelaraskan masalah kesihatan wanita dan lelaki
Menyeimbangkan lima organ dalam badan (jantung, hati, limpa, paru-paru, ginjal), memperkuatkan tubuh badan dan melambatkan proses penuaan


Ia juga boleh digunakan untuk fungsi lain :
mengurut badan, gua sha, penjagaan rambut dan bahagian kaki, penjagaan kecantikan muka, penjagaan payudara, menjaga kesihatan ovari, menyuburkan kulit, SPA


Cara penggunaan :  Tuang beberapa titis ke atas tapak tangan dan sapukan ke bahagian badan berkaitan sehingga terserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Produk Propolis Platinum (HF 015A)

propolis_platinum_5
PROPOLIS PLATINUM (HF 015A)
Propolis platinum dihasilkan daripada produk damar semulajadi sarang lebah yang mempunyai kualiti anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan anti-radang yang boleh merangsang sel darah putih untuk menguatkan sistem imuniti badan.
Propolis Platinum adalah propolis cecair tanpa kandungan alkohol daripada Brazil yang terkenal sebagai penghasil propolis hijau terbaik yang di dunia. Kualiti propolis bergantung kepada asal negara ia dihasilkan. Perbezaan warna propolis seperti seperti coklat, kuning, hijau dan bermacam-macam lagi melambangkan kualiti masing-masing. Propolis yang terbaik dan paling tinggi kualitinya adalah propolis hijau dari Brazil kerana negara seperti Brazil mempunyai kepelbagaian kehidupan tumbuhan yang kaya di dunia.

Menurut buku dari Dr. Kishita yang bertajuk ‘The Wonder Treatment of Propolis, beberapa kajian mengenai propolis dari beberapa buah negara membuktikan propolis dari negara Brazil , terutamanya damar dari Eukaliptus sebagai kualiti yang terba
Propolis dikumpul oleh lebah-lebah dari hutan hujan tropika Brazil yang tidak dicemari. Propolis adalah produk damar semulajadi sarang lebah yang dihasilkan oleh lebah bagi melindungi dan mengukuhkan penjagaan sarang lebah dari ancaman jangkitan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa amalan mengambil propolis daapt membantu mengukuhkan sistem imuniti badan dan oleh itu, Propolis Platinum memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan am kita.

Fungsi Propolis Platinum

Propolis Platinum kaya dengan kandungan bioflavonoid. Bioflavonoid juga menggiatkan sel-sel darah putih dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Flavonoid yang terkandung dalam Propolis Platinum adalah sebatian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan anti-radang berkualiti tinggi.

Kebaikan Propolis Platinum

Propolis Platinum menggiatkan penghasilan antibodi serta mengukuhkan sistem imuniti badan. Propolis Platinum membantu melegakan sakit tekak. Ia juga bertindak dalam melawan kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh membantu menghalang selsema, jangkitan gastrointestinal dan lain-lain lagi kegunaan. Ia juga boleh membantu meringankan masalah pernafasan dan membantu merawat luka-luka ringan apabila disapukan pada luka.

Kinotakara (HC 005)

kinotakara
KINOTAKARA (HC 005)
KINOTAKARA adalah produk kesihatan terkini dari Jepun. Sebagai penyerap toksin semulajadi, ianya membantu mengelakkan penyakit untuk kesihatan yang lebih sihat dan bertenaga.
KINOTAKARA merupakan produk kesihatan fisioterapi yang terkini di dunia. Produk ini mencerminkan ketabahan ahli perubatan Jepun dalam usaha mereka mencari rumusan bagi membantu manusia memperolehi gaya hidup yang sihat. KINOTAKARA adalah cara semulajadi untuk memperolehi kesihatan dan dengan itu memberi harapan baru kepada mereka untuk membantu mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan.

KINOTAKARA sebaik-baiknya ditampal pada tapak kaki kerana terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia, dan lebih 60 daripadanya terletak pada tapak kaki. Mengikut teori-teori perubatan Barat dan Timur, tapak kaki mencerminkan kesihatan pelbagai organ-organ 
penting dan dianggap sebagai“jantung kedua” manusia. Inilah sebabnya ramai daripada kita gemar mengurut kaki untuk melegakan badan dan menggalakkan peredaran darah bagi meningkatkan kesihatan badan.
KINOTAKARA akan menyerap air yang berlebihan dan bahan buangan yang mudarat daripada badan bila ia dilekatkan pada tapak kaki, dan membantu melegakan kesakitan dan bengkak-bengkak.
Selepas menggunakan KINOTAKARA selama 6 jam, serbuk dalam KINOTAKARA akan menjadi lembab dan bertukar warna daripada putih ke warna yang lebih gelap. Bahan berwarna gelap ini adalah bahan buangan daripada badan. Warna yang semakin gelap menunjukkan kesihatan badan semakin teruk. Bila bahan-bahan buangan dikeluarkan daripada badan, maka kesakitan dan bengkak-bengkak juga akan hilang. Kesakitan akan berkurangan selepas KINOTAKARA menjadi lebih kering dan lebih pudar warnanya serta kurang basah .
KINOTAKARA menghasilkan ion-ion negatif dan berkesan untuk meneutralkan ion-ion positif. Menampal KINOTAKARA terus pada tapak kaki boleh membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya dalam menguatkan saraf-saraf kita. Ia juga dapat melegakan ketegangan dan tekanan otot. Faedah-faedah lain ion negatif adalah termasuk :
  • Menggalakkan metabolisme dan melambatkan proses penuaan
  • Mengaktifkan sel, meningkatkan daya imuniti, melegakan kesakitan dan keletihan
  • Menggalakkan peredaran darah