Produk-Makanan Kesihatan

  • Coffee With.
  • Energy Jude.
  • Energy stiker.
  • K-link Energy.
  • Golden Valley .
  • K-link Citra.
  • Fufi Safer.
  • K-link Kino.
  • K-Link Kino.
  • K-link Liquid Organic Spirulina.
  • K-Puyikang Takara.
  • Produk - Produk UIE.
  • K-Liquid Chlorophyll (HD 006A).

Produk-MakananKesihatan


ALWAYS YOUNG HGH (HF 008A)

Always Young HGH ialah produk semulajadi HGH rejuvenator dan tidak mengandungi sebarang hormon pertumbuhan. Ia mudah dihidang, sesuai dicampurkan dengan jus kegemaran anda atau minuman lain dengan rasa buah oren yang unik

Always Young HGH mengandungi 20 jenis asid amino untuk menghasilkan enzim protein yang diperlukan dalam badan, hormon, otot, kulit dan memantapkan fungsi organ. Ia bertindak sebagai perangsang untuk menghasilkan hormon pertumbuhan badan secara semula jadi untuk mempertingkatkan kecergasan am.

Always Young HGH membantu dalam :

  • Mengawal berat badan
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan kedutan
  • Membantu meningkatkan ketegangan kulit
  • Kelihatan lebih muda
  • Memperbaik kualiti tidur
  • Meningkatkan tenaga
  • Mengurangkan keletihan
  • Meningkatkan kesihatan

ORGANIC K-BIOGREEN (HF 016A)

Organic K-BioGreen ialah makanan organik yang dipilih khas dari 58 jenis bahan unik seperti kacang, bijiran, sayur-sayuran, rumpair laut dan bifido-bakteria serta enzim makanan yang memainkan peranan penting dalam badan manusia bagi bagi membersih, mendetoksifikasi dan meremaja serta mengembalikan fungsi-fungsi organ penting dalam badan dan membina ketahanan. Apabila produk tersebut diambil sebagai makanan dalam badan, ia memberikan nutrien-nutrien yang secukupnya dan sesuai bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat dan langsing.

Organic K-BioGreen adalah sumber makanan bernutrisi tanpa kandungan bahan awet dan tanpa pengubahsuaian genetik yang diluluskan oleh AsureQuality Limited di New Zealand. Setelah produk organik disahkan dengan kelulusan organik, produk berkenaan diberi label dan boleh dipastikan bahawa unsur-unsur produk organik berkenaan telah mematuhi syarat-syarat dari perkebunan ke pasaran.

Organic K-BioGreen tidak mengandungi sebarang perisa buatan, pewarna, sisa-sisa anti-biotik, penggalak tumbesaran dan bahan awet. Dalam penggunaan baja, perkebunan organik telah menetapkan garis panduan yang ketat. Baja mengandungi patogen manusia, tetapi jika dirawat (dikompos) dengan betul, ia bioleh menjadi baja organik dalam bentuk selamat. Pekebun berkelulusan organik tidak dibenar menggunakan baja yang tidak dirawat kurang dari 60 hari sebelum penuaian tanaman dan ia diperiksa bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan dipatuhi.

Ada di antara mereka percaya bahawa makanan organik rasa lebih enak dari makanan biasa. Untuk sebab-sebab kesihatan, makanan rasa lebih enak jika makanan tersebut adalah segar.

Kebaikan Organic K-BioGreen :
  1. Meningkatkan sistem imuniti
  2. Meningkatkan sistem endokrin
  3. Membersih sistem penghadaman
  4. Membantu mengurangkan kolesterol
  5. Membantu menghalang sakit jantung
  6. Membantu menggalang sel-sel kanser
  7. Mendetoksifikasikan sel-sel badan dan saluran darah
  8. Mengaktifkan sel-sel badan
  9. Menggalakkan metabolisme
  10. Mengawal organ-organ dalaman
  11. Mengurangkan tekanan
  12. Meningkatkan ingatan
  13. Meningkatkan keadaan mental dan fizikal
  14. Bertindak sebagai agen anti-oksida
  15. Membekalkan vitamin, mineral dan nutrien yang lengkap
  16. Melembapkan kulit, membantu menghalang alahan kulit
  17. Membantu menahan lapar dan menguruskan badan
  18. Mengembalikan kecantikan asli.

K-NATURE'S E. BREVISCAPUS CAPSULES (HF 021BA)

Dihasilkan dengan menggunakan teknologi farmasi terkini, K-Nature’s Care E. Breviscapus Capsules menggunakan herba Eringeron Breviscapus untuk membantu meningkatkan peredaran darah dan menghalang terjadinya pengulangan strok dikalangan pesakit.
Bahan utama K-Nature’s Care E. Breviscapus Capsules adalah daripada berba Eringeron Breviscapus. Herba Eringeron Breviscapus ini merupakan herba perubatan Cina yang hanya boleh ditemui di daerah Yunnan , China . Ianya digunakan untuk menhalang kesejukan badan, menggalakkan perpeluhan, melegakan rasa sakit, melegakan otot-otot dan merangsangkan peredaran darah. Ianya juga telah digunakan sekitar 1,000 tahun lalu untuk membantu lumpuhan hemiplegik, apopleksi dan angina oleh kaum Dai.

Mengamalkan pengambilan kapsul ‘Erigeron Breviscapus’ telah dibuktikan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan membantu menghalang strok dengan:

Membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak dengan mengurangkan kepekatan darah
Membantu menembusi darah terhalang pada otak
Membantu mengurangkan risiko hipertensi dan arteriosklerosis
Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Membantu mengekalkan kesihatan serebral-vaskular dan sistem kardiovaskular

RIDDANCE (HF 006A)

Riddance digunakan untuk membuang toksin daripada organ dalaman dan sistem penghadaman, disamping menapis dan membersihkan sistem aliran darah dalam badan.

Memberi Kesan Detoksifikasi Menyeluruh

Riddance memberi 4 kesan detoksifikasi menyeluruh:

Membersihkan darah
Membersihkan sistem penghadaman
Membantu detoksifikasi semulajadi
Mengawalatur semula fungsi-fungsi badan
Digunakan secara tradisional untuk kepanasan, kekembungan dan cirit-birit ringan serta menggalakkan detoksifikasi dalaman.

EKSTRAK GAMAT dengan Madu (HF 027A)

Ekstrak Gamat dengan Madu merupakan suplemen kesihatan semulajadi yang mengandungi kombinasi mineral semula jadi, kompleks gama-peptida tulen, madu, vitamin B6, vitamin B1 dan beta karotena untuk melambatkan proses penuaan.

Suplemen ini terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan, membantu menyembuh luka-luka dan kecederaan ringan serta mengawal peredaran darah dan meningkatkan kesihatan am kita.

Ia juga dapat digunakan sebagai tonik untuk lelaki dan wanita. Ekstrak Gamat dengan Madu ini merupakan penambahan kesihatan dari bahan semulajadi yang unggul bagi masa kini dan sesuai digunakan bagi membantu penyembuhan luka-luka dan kecederaan ringan serta meningkatkan tahap kesihatan.

GAMAT EXTRACT With Taurine (HF 026A)

Ekstrak Gamat dengan Taurina merupakan suplemen unik untuk penyembuhan, kesihatan dan mencantikkan kulit muka. Ekstrak gamat menawarkan anda kebaikan yang terbukti berkesan daripada Jeli Gamat. Ia juga boleh digunakan untuk pengambilan harian.

Suplemen ini mengandungi gabungan mineral asli dan kompleks gama-peptida yang dikenali sebagai Gamalin dan mineral, vitamin-vitamin serta protein bagi mengawal kadar kolesterol, menyuburkan otot-otot yang tua, tulang, saraf dan kulit sambil memberi kesan bertenaga kepada sistem daya ketahanan badan. Boleh digunakan sebagai suplemen tambahan bagi menyembuh luka-luka kecil, kecederaan dan radang, meningkatkan pengedaran darah, meningkatkan kekuatan badan dan lain-lain kebaikan kesihatan.

PROPOLIS PLATINUM (HF 015A)

Propolis platinum dihasilkan daripada produk damar semulajadi sarang lebah yang mempunyai kualiti anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan anti-radang yang boleh merangsang sel darah putih untuk menguatkan sistem imuniti badan.
Propolis Platinum adalah propolis cecair tanpa kandungan alkohol daripada Brazil yang terkenal sebagai penghasil propolis hijau terbaik yang di dunia. Kualiti propolis bergantung kepada asal negara ia dihasilkan. Perbezaan warna propolis seperti seperti coklat, kuning, hijau dan bermacam-macam lagi melambangkan kualiti masing-masing. Propolis yang terbaik dan paling tinggi kualitinya adalah propolis hijau dari Brazil kerana negara seperti Brazil mempunyai kepelbagaian kehidupan tumbuhan yang kaya di dunia.

Menurut buku dari Dr. Kishita yang bertajuk ‘The Wonder Treatment of Propolis’, beberapa kajian mengenai propolis dari beberapa buah negara membuktikan propolis dari negara Brazil , terutamanya damar dari Eukaliptus sebagai kualiti yang terbaik.

Propolis dikumpul oleh lebah-lebah dari hutan hujan tropika Brazil yang tidak dicemari. Propolis adalah produk damar semulajadi sarang lebah yang dihasilkan oleh lebah bagi melindungi dan mengukuhkan penjagaan sarang lebah dari ancaman jangkitan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa amalan mengambil propolis daapt membantu mengukuhkan sistem imuniti badan dan oleh itu, Propolis Platinum memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan am kita.

Fungsi Propolis Platinum
Propolis Platinum kaya dengan kandungan bioflavonoid. Bioflavonoid juga menggiatkan sel-sel darah putih dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Flavonoid yang terkandung dalam Propolis Platinum adalah sebatian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan anti-radang berkualiti tinggi.

Kebaikan Propolis Platinum
Propolis Platinum menggiatkan penghasilan antibodi serta mengukuhkan sistem imuniti badan. Propolis Platinum membantu melegakan sakit tekak. Ia juga bertindak dalam melawan kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh membantu menghalang selsema, jangkitan gastrointestinal dan lain-lain lagi kegunaan. Ia juga boleh membantu meringankan masalah pernafasan dan membantu merawat luka-luka ringan apabila disapukan pada luka.

K-OmegaSqua (HF 029)

K-OmegaSqua merupakan suplemen yang dapat memberikan khasiat pada jantung, saluran darah, kulit dan otak kita kerana ianya membantu menggalakkan peredaran darah, mengurangkan pembentukan lemak, meningkatkan tahap oksigen sel dan bertindak sebagai anti-oksida.

Kandungan K-OmegaSqua terdiri daripada Omega-3 ikan salmon dari Norway, Squalene dari minyak hati ikan yu yang hidup di Lautan Pasifik dan Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, kulit dan otak kita.

Kebaikan K-OmegaSqua:

Membantu mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserid dalam darah
Membantu meringankan sakit-sakit dan radang seperti reumatoid artritis, osteoartritis, psoriasis, ekzema dan lain-lain
Membantu melancarkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi kepada tahap normal
Membantu menghalang saluran darah daripada tersumbat
Membantu menghalang kanser
Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan menghalang jangkitan bakteria
Menyeimbangkan kelajuan denyutan jantung agar normal bagi mengelakkan serangan sakit jantung
Meningkatkan sistem imuniti (daya ketahanan)
Membantu menghalang selesema dan batuk
Membantu menyembuh kecederaan, membantu masalah jerawat dan masalah kulit yang lain
Menghidupkan semula sel-sel saraf yang telah mati bagi mereka yang menghidap sakit kencing manis dan membantu melambatkan proses penuaan
Membantu menghalang serangan lelah (asma) 

K-OsteoCal (HF 028)

Serbuk K-OsteoCal mengandungi adunan unik kalsium organik, kolagen laut, multi-vitamin dan multi-mineral. Ia dirumuskan secara mudah disediakan dan kalsium diasimilasikan dan sumber kolagen yang direkomenkan untuk semua orang tidak kira latar belakang. Di samping itu, produk yang unik ini juga mengandungi bahan-bahan perangsang bagi meningkatkan sistem imuniti dan baik bagi mengurangkan masalah-masalah berkenaan tulang.

Peranan Penting Kalsium dan Kolagen Kepada Kesihatan Kita
Pengambilan kalsium dan kolagen setiap hari merupakan kunci bagi membantu mencegah dan merawat kekurangan kalsium dan kolagen. Kalsium dan kolagen adalah penting dalam membantu membina dan mengukuhkan tulang-tulang, menguatkan tendon dan tulang rawan kita. Semasa kita mengalami proses penuaan, kita memerlukan kalsium, kolagen dan mineral sebagai makanan tambahan disebabkan oleh ketidakseimbangan pemakanan kita dan badan kita itu tidak lagi menghasilkan kuantiti yang secukupnya untuk badan kita menyembuh dari penyakit. Akibat daripada itu, kesihatan badan kita mula merosot dan ini meningkatkan masalah-masalah kesihatan seperti tulang rapuh dan ketidakselesaan sendi. Oleh itu, ia amat penting bagi menambahkan makanan dengan nutrisi kalsium, kolagen dan mineral.

Mengapa kita perlukan Kalsium dan Kolagen?
Kalsium

Kalsium kebanyakannya didapati dalam tulang-tulang kita. Pemakanan kita dapat membekalkan kalsium untuk kita. Kalsium menyediakan nutrien supaya jantung dan otot-otot kita berfungsi. Tulang-tulang kita sentiasa terhakis pada setiap masa dan digantikan dengan tisu tulang yang baru. Jika kita kekurangan kalsium dalam pemakanan, keperluan kalsium bagi badan berfungsi dengan baik dan ini diambil dari tulang-tulang. Tulang-tulang kita akan mengalami degenerasi jika kalsium tidak diganti semula, maka ini menyebabkan masalah kesihatan seperti tulang-tulang rapuh atau osteoporosis.

Kolagen

Tulang rawan antara sendi-sendi kita kebanyakannya terdiri daripada kolagen. Tulang rawan bertindak sebagai kusyen pelembut semasa pergerakan sendi-sendi. Tulang rawan yang sihat adalah penting bagi melancarkan pergerakan kita.

Kalsium daripada Rumpai Laut

Setelah bertahun lamanya, orang ramai di seluruh dunia telah menemui dan menikmati manfaat-manfaat rumpai laut, sama ada dalam makanan, produk-produk kesihatan atau terapi semula jadi. Rumpai laut amat terkenal dengan sumber kalsium yang kaya dan lain-lain mineral surih yang diperlukan oleh badan.

Rumpai Laut merupakan salah satu tumbuhan yang kaya dengan sumber kalsium. Kalsium daripada K-OsteoCal berasal daripada rumpai laut yang telah dituai.

Mengapa memilih K-OsteoCal?
K-OsteoCal berasal daripada rumpai laut yang menyerap mineral dan nutrien yang perlu di laut.
Ia mengandungi mineral dan kolagen yang banyak dalam membantu membina tulang-tulang, mengekalkan kesihatan sendi-sendi dan meningkatkan penyerapan kalsium.
Ia juga kaya dengan mineral-mineral yang perlu bagi tulang seperti:
Magnesium, membantu membina dan menguatkan bahagian tengah tulang-tulang yang lembut di mana mineral-mineral mudah melekat.
Ia juga mengandungi Boron yang meningkatkan penyerapan kalsium.
Bersama-sama dengan Kuprum dan Zink, mereka memainkan peranan dengan faktor-faktor enzim untuk membina dan pembahagian sel bagi tulang.
Ia mengandungi ‘bioavailability’ yang lebih lebih tinggi dan penyerapan kalsium yang lebih baik daripada kalsium karbonat dan trikalsium fosfat.
Kebaikan K-OsteoCal
Membantu mengekalkan kekuatan tulang-tulang dan kesihatan gigi
Membantu mengurangkan risiko tulang mudah patah
Membantu meningkatkan fungsi sendi-sendi
Membantu mengurangkan risiko kanser kolon (usus)
Mengawal dan menormalkan denyutan jantung
Membantu mengurangkan insomnia
Membantu memetabolismakan zat besi dalam badan kita
Membantu fungsi sistem saraf
Membantu mengawal berat badan
Membantu mencegah darah beku dan membantu pengecutan otot
Menggunakan asid amino sebagai blok-blok binaan untuk protein badan
Membantu memelihara sendi-sendi menjadi sihat

K-Sage Plus (HF 030 & HF 030s)

K-SAGE PLUS diekstrak dari herba-herba asli yang berkualiti bagi memperbaiki fungsi otak manusia. K-SAGE PLUS telah dirumus khas bagi membantu meningkatkan daya ingatan , merendahkan tekanan dan memberikan kelegaan bagi mengawal kemarahan.

K-SAGE PLUS dapat membantu meningkatkan aktiviti otak serta membantu meningkatkan proses kerja, Ianya bertindak untuk menyelaraskan sistem saraf tunjang serta sistem peredaran darah dalam badan. K-SAGE PLUS membantu meningkatkan sistem imuniti badan dan membantu membesarkan saluran arteri bagi peredaran darah kepada otak, jantung dan anggota badan dengan lebih lancar.

“Sage” – Makanan Untuk Kesihatan Otak
“Sage” ataupun lebih dikenali dengan nama saintifiknya - salvia sebenarnya merujuk kepada nama keluarga herba pudina. Terdapat pelbagai spesies salvia dan kebanyakannya mempunyai sejarah perubatan. Herba “Sage” telah lama digunakan dalam perubatan herba bagi pelbagai tujuan. Teori berzaman lamanya yang menyatakan bahawa herba “sage” boleh meningkatkan daya ingatan kini disokong dengan penyelidikan moden apabila ianya telah dibuktikan berkesan dalam membantu fungsi kognitif.

Pakar percaya bahawa bahan aktif dalam herba “sage” mampu meningkatkan kandungan kimia yang menyalurkan maklumat kepada otak. Ini adalah hasil daripada kandungan anti-oksida dan anti-radangnya dan kelebihan ini ternyata membuktikan potensi salvia dalam merawat penyakit Alzheimer yang berkaitan dengan penurunan tahap kognitif.

Selain itu, herba “sage” juga telah digunakan bersama lain-lain herba tambahan bagi mengaktifkan sel otak yang dorman, merangsang pengaliran darah dalam otak bagi kesihatan am, mempromosikan minda yang cergas serta merehatkan minda daripada tekanan kehidupan seharian. K-SAGE PLUS sememangnya baik untuk kesihatan otak kita.

Kebaikan K-SAGE PLUS:
  • Membantu memperbaiki daya ingatan
  • Membantu mengurangkan tekanan
  • Membantu memperbaiki kualiti tidur
  • Melegakan keadaan otak daripada keletihan
  • Membantu memperbaiki peredaran darah
  • Membantu menggalakkan kecergasan
Kegunaan:
  1. Sesuai untuk kanak-kanak, para pelajar, orang dewasa dan mereka yang lanjut usia bagi mengekalkan daya ingatan dan meningkatkan kecergasan otak.
  2. Membantu para pelajar dan kanak-kanak untuk memperbaiki daya ingatan, daya pemikiran dan keupayaan untuk belajar.

K-Sauda VCO (HF 031)

K-SAUDA VCO adalah kombinasi unik antara Virgin Coconut Oil yang juga dikenali sebagai Minyak Kelapa Murni, Minyak Habbatus Sauda dan vitamin E bagi membantu meningkatkan sistem imuniti yang baik bagi kesihatan manusia. Keistimewaan K-Sauda VCO adalah ianya diproses dengan teknik istimewa, lalu merendahkan kemungkinan asid lemak menjadi rosak. K-Sauda VCO dihasilkan dalam bentuk kapsul lembut agar mudah dimakan dan tidak mudah rosak akibat pencemaran udara dan bakteria.

VIRGIN COCONUT OIL
Virgin Coconut Oil atau minyak kelapa murni adalah minyak kelapa yang diperolehi daripada daging kelapa segar tanpa sebarang penambahan zat kimia bagi menghasilkan asid lemak yang terbaik mutunya. Minyak kelapa terbukti memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk memperlancarkan metabolisme dan meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Ianya mengandungi banyak zat aktif yang berkhasiat untuk tubuh badan, seperti Middle Chain Fatty Acid (MCFA), monogliserida, EPA dan DHA.

MCFA merupakan asid lemak rantai yang dapat berkembang dan minyak kelapa merupakan diantara sumber makanan yang paling kaya dengan MCFA. MCFA yang terdapat pada minyak kelapa murni mengandungi Asid Laurat dan Asid Kaprat yang dapat berfungsi sebagai pencegah bakteria dan kulat.

Berbeza dengan kandungan asid lemak yang terdapat pada minyak umumnya minyak kelapa murni tidak akan dimetabolisme menjadi kolesterol apabila berada di dalam tubuh. Tetapi, oleh kerana kandungannya terdapat MCFA, maka ianya akan diuraikan di dalam tubuh dan digunakan bagi penghasilan tenaga. Disebabkan minyak kelapa menghasilkan tenaga, ianya tidak akan menyebabkan peningkatan kolesterol dalam tubuh apabila dimakan dengan tetap.

Kebaikan K-Sauda VCO:
  • Meningkatkan fungsi sistem imuniti badan
  • Mencegah jangkitan bakteria selesema, sakit kerongkong dan virus influenza
  • Mencegah jangkitan parasit dan kulat, eksema dan cirit-birit
  • Menurunkan berat badan serta sesuai sebagai suplemen bagi pesakit kencing manis
  • Merendahkan risiko sakit koronori jantung, hipertensi, strok dan arterosklerosis
  • Mempercepatkan proses penyembuhan prostat dan tiroid
  • Membantu menjaga kesihatan rambut dan kulit

K-LingZhi Gold (HF 043S)

K-Lingzhi Gold membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, merendahkan tahap kolesterol dalam darah dan kandungan lemak bebas dalam badan. Ia juga membantu mempertingkatkan fungsi ginjal dan hati kita serta mengurangkan lipid darah. K-Lingzhi Gold berkesan untuk menstabilkan membran sel darah merah, memperbaik pengedaran darah dan menenangkan saraf kita. Lingzhi ditanam di dalam Persekitaran Rumah Hijau yang bersih dan bebas daripada bahan kimia.

Produk Penemuan Biologi Terbaru K-Lingzhi Gold

Menguatkan sistem pertahanan badan untuk mencapai cara hidup yang diidamkan

  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Merendahkan kolesterol dalam darah & kandungan lemak bebas
  • Mempertingkatkan fungsi ginjal & hati
  • Mengurangkan lipid darah
  • Menstabilkan membran sel darah merah
  • Memperbaik pengedaran darah
  • Menenangkan saraf

K-NutraMix (HF044)

K-NutraMix merupakan sejenis minuman campuran protein soya berserat yang semula jadi dan berkhasiat. K-NutraMix boleh dihidangkan sebagai minuman pendietan atau digunakan dalam pelan pengawalan berat badan dan kesihatan.

Kini, pengambilan makanan berlemak dan bergula merupakan faktor utama yang mengakibatkan masalah obesiti. Jika kita ingin mencapai bentuk badan yang ideal, langkah pertama yang patut dilakukan adalah mematuhi prinsip pengurangan lemak iaitu kurangkan gula & makanan karbohidrat , lebihkan senaman serta tingkatkan zat protein & serat .

K-NutraMix diperkayakan dengan :
Protein Soya Terasing - Protein yang lengkap, mudah dicerna dan diserap oleh badan serta membekalkan 9 jenis asid amino perlu.
Minuman Berserat : FOS Beneo Synergy 1 - Sejenis gentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan tetapi menggalakkan bakteria baik supaya menapai di dalam usus.
Trigliserida Rantai Sederhana - Menukarkan tenaga dengan mudah dan menggalakkan metabolisma.
L-Karnitina - Membantu penghantaran lemak dan menggalakkan pembakaran lemak.
Lesitin Soya - Membantu dalam penyingkiran lemak dan kolestrol demi hati yang sihat.

K-Mixed Fruit Drink (HF047)

Sejenis serbuk minuman botani campuran buah-buahan yang dirumuskan khas daripada pelbagai buah-buahan tropika dan asid amino soya, K-Mixed Fruit Drink membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan umum seseorang dan kaya dengan nutrisi daripada buah nanas, betik, limau, serbuk kacang soya, rosehip, elderberry, teh hijau, serbuk biji acai berry dan anggur.

K-Mixed Fruit Drink merupakan agen antioksida yang baik, membantu mengurangkan radikal bebas serta menggalakkan kesihatan am. Fungsi utama K-Mixed Fruit Drink adalah membantu dalam penyerapan dan pencernaan nutrisi dalam badan. Minum segelas K-Mixed Fruit Drink pada waktu pagi dan malam demi badan yang sihat dan cergas.

Kebaikan K-Mixed Fruit Drink:
Membantu menggalakkan pencernaan makanan dan fungsi pembuangan sisa badan
Meningkatkan metabolisma sel dan memulihkan tenaga
Menguatkan sistem pertahanan badan
Mempertingkatkan fungsi hati dan melancarkan pengedaran darah
Berfungsi antioksida yang membantu melindungi tisu badan serta mengurangkan radikal bebas
Mengurangkan kekembungan perut dan ketidakselesaan bahagian abdomen
Mempertingkatkan pencernaan produk tenusu dan membina ketahanan terhadap laktosa susu.

Osaji (HF051)

Osaji dirumuskan khas daripada sejenis tumbuhan semula jadi yang bernama Sea Buckthorn. Minyak Sea Buckthorn yang tulen kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelbagai khasiat untuk mengekalkan kesihatan badan.

Apakah itu Sea Buckthorn?
Sea Buckthorn merupakan salah satu jenis tumbuhan tertua di bumi ini dan mempunyai tahap penyesuaian yang tinggi. Ia tahan suhu panas dan sejuk, dapat tumbuh di atas tanah yang kering, basah atau berpasir. Buah Sea Buckthorn kaya dengan nutrisi.

Penyelidikan moden menunjukkan bahawa Sea Buckthorn membawa fungsi yang membantu merendahkan tahap kolestrol serta mengurangkan risiko simptom kardiovaskular dan koronari.

Kebaikan Osaji :
  • Membantu mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan koronari
  • Membantu merendahkan tahap kolestrol
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Menguatkan sistem pencernaan
  • Membantu mempertingkatkan fungsi otak, hati dan perut
  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit
  • Berfungsi anti radang dan menggalakkan reg

Xanteen ® (HF048)

Xanteen® merupakan sejenis makanan tambahan berkhasiat yang dirumuskan khas berasaskan buah manggis (Garcinia Mangostana). Buah manggis, terutama kulitnya, kaya dengan lebih daripada 40 jenis Xanthone, sejenis bahan antioksida yang berkesan dalam membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan.

Apakah itu Radikal Bebas?
Teori radikal bebas ialah teori penuaan yang diperakui dalam bidang sains. Penyerapan oksida akan meningkatkan proses pengoksidaan dalam sel badan dan menghasilkan radikal bebas yang berbahaya. Selain itu, pencemaran persekitaran, tabiat merokok, racun perosak, sinar ultraungu, alkohol dan bahan kimia juga akan menambahkan radikal bebas dalam badan sehingga mempercepatkan proses penuaan, menjejaskan kesihatan kulit, meningkatkan risiko jangkitan penyakit seperti kanser, masalah kardiovaskular, kencing manis, gastrik, nyanyuk dan sebagainya.

Apakah itu Bahan Antioksida?
Bahan antioksida penting kepada tubuh untuk membantu meneutralkan radikal bebas serta membantu meringankan dan melambatkan masalah yang disebabkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak.

Bagaimanakah Xanteen® melawan radikal bebas?
Buah manggis dikenali sebagai raja Xanthone. Xanthone biasa terdapat dalam tumbuh-tumbuhan secara semula jadi. Ia mempunyai fungsi antioksida yang tinggi. Kini terdapat lebih daripada 200 jenis Xanthone yang telah dikenal pasti dan setiap Xanthone mempunyai fungsi yang berlainan terhadap tubuh. Secara amnya, kebanyakan Xanthone yang terdapat dalam sesejenis tumbuhan adalah tidak melebihi 8 jenis. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada 40 jenis Xanthone dalam buah manggis. Oleh itu, Xanteen® amat berkesan dalam mengurangkan radikal bebas pada badan.

XANTEEN® digunakan secara tradisional untuk membantu :
  • Mengekalkan kesihatan am
  • Meningkatkan stamina fizikal dan mental
  • Melancarkan pengedaran darah
  • Melegakan kesakitan otot dan sendi
  • Mengurangkan masalah perut serta usus
  • Meringankan masalah keletihan dan tekanan mental
  • Mempertingkatkan kualiti tidur

BeauSkeen (HF049)

BeauSkeen dihasilkan dengan formulasi tradisional yang dirumus khas dari tumbuh-tumbuhan berasaskan Pueraria mirifica, Labisia photoina (Kacip Fatimah), Nigella sativa (Habatus Sauda) dan Terminalia chebula (Manjakani). Ia digunakan secara tradisional untuk membantu menjaga kesihatan am wanita dan mencantikkan tekstur kulit serta kontur badan.

BeauSkeen
BeauSkeen digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita dan kulit. Setiap 400mg kapsul mempunyai kandungan Pueraria mirifica, Labisia photoina (Kacip Fatimah), Nigella sativa (Habatus Sauda) dan Terminalia chebula (Manjakani).

Manfaat Kandungan BeauSkeen:
    1. Pueraria mirifica (Ubi Bidadari Putih)Pakar-pakar perubatan negara Thai mendapati bahawa masyarakat wanita yang menetap di kawasan utara Thai yang telah lama mengamalkan pengambilan Pueraria mirifica memiliki kontur badan yang langsing dan menarik serta tekstur kulit yang cerah dan sihat.
    Pueraria mirifica mengandungi hormon wanita semulajadi iaitu Miroestrol dan Deoxymiroestrol pada paras tertinggi di kalangan fitoestrogen (hormon wanita dari tumbuhan) dan strukturnya lebih kurang sama dengan hormon wanita dalam tubuh. Ia membantu mengembalikan keremajaan wanita dan melambatkan proses penuaan.

    2. Labisia photonia (Kacip Fatimah) Kacip Fatimah merupakan sejenis tumbuhan liar yang terdapat di hutan tropika Malaysia. Ia mempunyai bahan antioksida dan unsur-unsur fitoestrogen yang membantu mengekalkan kesihatan am wanita, meningkatkan vitaliti, meringankan keletihan dan mengetatkan otot pada faraj.

    3. Nigella sativa (Habatus sauda)
    Membantu mengekalkan kesihatan dan merupakan agen antiosidan yang berkesan.

    4. Terminalia chebula (Manjakani)
    Membantu menjaga kesihatan wanita dan menyingkirkan toksin dalam badan.