Produk K-Parfum

Produk - K-Parfum

Produk
MakananKesihatan
MinumanKesihatan
K-Ayurveda
Produk Kesihatan
ProdukKecantikan
K-Parfum
Produk UIE
Produk Penjagaan
Kereta
Produk Penjagaan
Peribadi
Produk Penjagaan     Rumah
fdk
gk_parfum_005g
pul
cvr
tnn
yrj
pio

K-PARFUM untuk Jejaka & Wanita

K-PARFUM - siri wangian untuk jejaka & wanita yang memberikan haruman minyak wangi tulen berkualiti tinggi, tanpa alkohol atau bahan sampingan yang lain. Haruman K-PARFUM dirumus khas untuk si pemakai yang arif dan bijak menilai keunikan haruman minyak wangi. Haruman K-PARFUM tahan lama , demi wangian yang berterusan sepanjang hari.
K-PARFUM yang bermutu tinggi ini memberi kewangian yang berterusan lebih dari 6 jam bergantung kepada jenis kulit dan penyejatannya secara semula jadi.
Haruman K-PARFUM mempunyai ciri keistimewaan yang unik dan tulen . K enali haruman yang diidamkan – lembut, kekal lama, kaya, seimbang dan penuh dengan aroma wangi. Pilihlah haruman yang sesuai untuk menonjolkan keperibadian anda dan memakainya pada bila-bila masa sahaja.

K-PARFUM untuk Jejaka

INSPIRE itu ilham keyakinan
Wangian sitrus dan buah-buahan seperti buah betik, nanas dan bunga melur yang digaul dengan sedikit haruman musky amber dan teh hijau.
ZENITH di puncak pencapaian
Wangian maskulin yang membawa campuran bau sitrus, rosemary, bunga melor, kayu dan kesegaran hebusan bayu laut.
PRIME di kemuncak kehidupan
Haruman yang sofistikated dengan campuran bau buah-buahan dan sitrus dengan wangian kehijauan, bunga melur, daun sage, selasih dan kayu rosewood.

K-PARFUM untuk Wanita

PASSION demi gaya hidup
Kesegaran haruman bunga ros, marigold dan violet dengan sedikit wangian rempah seperti halia, oak moss dan musk yang menonjolkan sifat kewanitaan.
LUSCIOUS kasih sayang sejati
Campuran bau buah-buahan dan sitrus seperti buah epal, limau, plum, pic dan bunga ros dengan sedikit haruman musk dan sandalwood.
GRACE tetap anggun
Haruman segar yang menggaulkan wangian bunga-bungaan dan buah-buahan dengan bau sandalwood, musk dan vanila.
BLIZZ demi kebahagiaan abadi
Bau yang membawa wangian bunga freesia, magnolia, halia, lada dan buah sitrus dengan sedikit haruman bunga melur, musk dan amber.